Sunday, March 6, 2016
Filled Under:
Ini Sebab Kenapa Shaheizy Sam Memilih Syatilla Melvin , Sweetnya Sam...!!!
Posted By:
Unknown
on 9:11 PM
Apa yang menariknya Sam menjelaskan kenapa dia memilih Syatilla sebagai bakal isterinya kerana insan yang bergelar Syatilla seorang yang penyabar dengan melayani kerenahnya membuatkan Sam jatuh hati pada sikap wanita itu....
### “Sam tak pernah jumpa orang penyabar macam Syatilla.... Dia sanggup layan kerenah Sam, Sam pula sangat ‘Diva’ tapi dia boleh tahan dengan Sam.... Dia tidak hipokrit paling ketara sekali ialah hatinya...
Berkawan dan bercinta dengan Shaheizy Sam memerlukan seseorang itu untuk menahan diri dari segi mental dan emosi kerana Shaheizy Sam akan dikaitkan dengan mana-mana sahaja artis wanita kerana sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai ‘playboy’..... Oleh itu, Sam telah memberitahu Syatilla supaya tidak terasa dengan apa jua artikel yang keluarkan mengenai dirinya kelak....
“Dari awal Sam akan cakap, dia akan mendengar macam-macam kenyataan tentang diri saya, kalau boleh tahan okaylah.... Sam bagi tahu awal-awal jangan terasa kerana benda-benda seperti itu tidak boleh dielak lagi,” jelasnya.....
Nalurinya untuk berkahwin datang tanpa dirancang apabila ketika itu bersama-sama bercuti dengan ibunya di Pulau Pinang dan seterusnya pergi ke rumah Syatilla untuk merisik..... Bagaimanapun Sam memberitahu kesemuanya diuruskan oleh ibunya dan dia hanya mengikut asalkan ibunya bahagia....
### “Mommy yang uruskan semuanya, sama juga dengan majlis perkahwinan nanti, janji Mommy gembira apa yang dilakukannya,” katanya lagi....
Menyentuh mengenai popularitinya selepas berkahwin, Sam tetap optimis kerana percaya pada rezeki yang Tuhan telah tetapkan.....
### “Sam percaya rezeki Allah, bila kita berkahwin akan bertambah lagi rezeki kerana kita membuat perkara yang baik..... Saya tak takut kerana bagi saya dia takkan jejas populariti. ...Tidak ada masalah, saya takkan halang, cuma galakkan dia untuk tidak berlakon... . Tapi kalau dia teringin nak buat tidak ada masalah buat saya,” ujarnya mengakhiri perbualan....








0 comments:
Post a Comment