Monday, March 7, 2016

Filled Under:

Masih Ingat Kembar Siam Yang Tercantum Di Dada Pada Suatu Ketika Dulu , Pasti Ramai Yang Terkejut Dengan Hasrat Mereka Lepas Keputusan Spm Keluar...



Walaupun tidak memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang, pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli tetap bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.....

Adik-beradik itu menyifatkan keputusan sederhana yang diperolehi bukanlah penentu masa depan mereka, sebaliknya ia permulaan kepada perjalanan yang masih jauh.....

“Walaupun sasaran awal kami untuk memperolehi sekurangnya 3A namun tidak kesampaian, kami tetap bersyukur kerana sudah cuba melakukan yang terbaik.....

“Alhamdulillah kami puas hati dan berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT),” kata Ahmad...

Ahmad atau lebih mesra disapa dengan panggilan along berkata dia dan adiknya, Muhammad berkongsi cita-cita yang sama iaitu mahu menjadi jurutera pengaturcaraan.....

“Insya-Allah jika diberi peluang melanjutkan pengajian, kami akan cuba melakukan yang terbaik demi mencapai cita-cita meskipun kami dalam keadaan kurang upayaan....

Pada hari Khamis, Ahmad dan Muhammad ditemani bapa mereka, Rosli Abdul Rahim mengambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Subang Jaya....

Antara mata pelajaran teras diperolehi dengan pencapaian lulus adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sejarah.....

Ditanya mengenai institusi pengajian tinggi impian mereka, Muhammad atau lebih mesra disapa sebagai angah berkata, mereka akan memilih Management and Science University (MSU) yang terletak di Shah Alam sebagai destinasi untuk mengapai cita-cita.....

“Kami terfikir untuk melanjutkan pengajian ke MSU kerana ia lebih bersifat mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)....  Lagipun ia turut menawarkan kursus yang kami inginkan,” katanya.....

Jelas Muhammad, pihak pengurusan MSU baharu sahaja menghubungi bapa mereka mengenai tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut....

“Petang tadi, mereka hubungi ayah dan maklumkan akan hantar borang permohonan untuk masuk ke universiti itu.... Mereka juga jemput kami datang ke sana minggu depan untuk meninjau kawasan kampus,.....

Sementara itu, Rosli, 45, memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana terus memberi kekuatan dan semangat kepada kedua-dua anak istimewanya itu untuk menyambung pelajaran mereka.....

“Saya bersyukur kerana Allah makbulkan setiap doa saya untuk mereka... . Mereka kata masih mahu sambung pengajian, jadi saya akan berikan sepenuh sokongan walaupun bimbang dengan keadaan mereka nanti,” kata bapanya...




0 comments:

Post a Comment