Tuesday, March 8, 2016

Filled Under:

PARAH !!! Bakal Pengantin Buat Laporan Palsu Kerana Tidak Cukup Wang Hantaran...



Seorang bakal pengantin sanggup membuat laporan palsu bahawa dirinya disamun sebagai jalan mudah untuk mencukupkan duit belanja kahwin...

Lelaki berusia 30 tahun ini mengatakan dirinya disamun empat lelaki....  Katanya dia dilanggar dari arah sebelah kanan oleh sebuah kereta jenis Hilux, kemudian turun 4 lelaki yang tidak dikenali, 3 daripadanya telah menyerangnya dengan  parang.....  Salah seorang daripada 4 lelaki itu telah melibas parang ke arahnya tetapi dapat mengelak...

Lelaki ini mendakwa dalam begnya mengandungi wang tunai RM8000, kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank......

Tetapi akhirnya terkantoi juga apabila siasatan dibuat, dia mengaku tujuan laporan dibuat adalah disebabkan tekanan kerana terpaksa tidak mempunyai wang yang cukup untuk belanja majlis perkahwinannya....

Lelaki ini nekad membuat laporan palsu dengan harapan masalah kewangan akan dapat diselesaikan atas rasa simpati.....  Sebelum itu, dia sempat menjual satu telefon Galaxy Tab miliknya  , memperoleh RM150.....


Agak kerap kita mendengar rungutan daripada anak-anak muda bahawa mereka ingin berkahwin tetapi dilarang oleh ibu bapa....  Larangan ini kemudiannya mengundang pelbagai masalah lain dalam keluarga tersebut seperti pergaduhan, kahwin lari, anak luar nikah dan permusuhan jangka panjang antara anak dan ibu bapa.... .

Semua ini akhirnya menyebabkan ibu bapa menanggung malu dan kesedihan sementara anak-anak hidup dalam suasana tertekan dan kurang harmonis.....

Ada tu,bakal mertua akan syaratkan menantu lelaki sudah bekerja, memiliki rumah, kereta dan  memberikan wang hantaran kahwin banyak....

Wahai ibu bapa sekalian, sedarilah bahawa perkahwinan bukan sekadar kehendak dan pilihan anak-anak,  akan tetapi merupakan sebahagian daripda tanggungjawab kalian sebagai ibubapa.  Berdasarkan firman Allah kepada ibubapa sekalian: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu. [al-Nur 24:32]...





0 comments:

Post a Comment