*** Gara-gara Datuk Siti Nurhaliza menulis satu ucapan pada status bintang bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo, Instagram pemain Real Madrid itu menjadi “buruan” rakyat Malaysia....
*** Ronaldo telah memuat naik gambarnya dalam sebuah kereta yang turut memberi gambaran mahu menaiki pesawat ke suatu destinasi.....
*** Foto yang dimuat naik itu mendapat banyak komen peminatnya termasuklah Datuk Siti Nurhaliza yang menulis “safe flight dear”....
### Status Siti itu kemudiannya menjadi viral sehingga menyebabkan posting Ronaldo mendapat perhatian peminat-peminat Siti Nurhaliza.....
### Foto Ronaldo berbaju kot sehingga Rabu mendapat lebih 952,000 likes dan lebih 10,439 komen termasuklah daripada peminat Malaysia yang ingin mencari komen Siti Nurhaliza.....
### Menerusi foto berkenaan, peminat Malaysia turut menulis ucapan yang sama seperti Siti iaitu “safe flight dear”....
$$$ Ramai peminat turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mencari perkataan yang ditulis Siti itu disebabkan terlalu banyak komen hingga mencecah puluhan ribu.....
$$$ Sementara itu Siti Nurhaliza menerusi salah satu komen menjawab pertanyaan peminatnya berkata, dia pun peminat Ronaldo dan mendoakan keselamatan bintang bola sepak dunia itu....
$$$ Siti meluahkan rasa kagum dan hormat kepada bintang dunia itu kerana tingkah laku yang ditunjukkannya terhadap masyarakat serta umat Islam.....
Gambar yang dimuat naik Ronaldo yang ketika itu dalam perjalanan dari Sepanyol ke Sweden untuk menyertai saingan kumpulan A, Liga Juara-Juara Eropah yang akan diadakan pada awal pagi Khamis.....



0 comments:
Post a Comment